Mungkin betul apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan sepejabat saya suatu ketika dulu. Saya ni bossy kata mereka. Pada suatu ketika, saya menafikannya, kerana saya rasa tak de sebab untuk bersikap demikian. Saya hanya menjalankan tugas dan tanggung jawab. Saya kerap mendorong rakan-rakan menyiapkan kerja mereka dalam masa yang ditetapkan oleh majikan supaya saya dapat melaksanakan tugas saya yang seterusnya. Jadi tidak adil jika saya dikatakan bossy. Mungkin juga tuturkata saya kurang digemari. Sebab saya suka berterus terang. Maklumlah, orang zaman sekarang, kalau cakap berlapik sangat orang tak faham pula.
Macam insiden baru-baru ni. Saya memang dihimpit banyak tugasan hakiki di pejabat. Bila dapat arahan untuk melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan, saya serba salah. Maklumlah kita ni dalam kumpulan 'Saya yang menurut perintah'. Kalau ditolak mentah-mentah, katanya kita ni pegawai yang tak de etika, sebab tak dengar dan tak menghormati arahan ketua. Tapi bila berlapik pulak, rasa dipijak-pijak sangat. Alahai temah, kita ni timun, kena golek dengan duri durian hancur. Dihiris dengan pisau, terbelah-belah.... apa lagi yang boleh kami buat....
Lepas ni, terpaksa la saya bertegas sikit. Tapi dah terasa macam akan dapat la gelaran bossy sekali lagi. Maklum la, saya ni kononnya, bila da komited dengan kerja habis semua orang digesa sama. Baik anak buah mahupun ketua sendiri. Sampaikan bos saya yang dulunya buat dasar 'pintu terbuka' sekarang dah mengamalkan 'pintu tertutup'. Agaknya rimas bila saya gesa dia buat keputusan. Hahahah... maafkan saya ye bos...
Harap-harap energy saya tak berkurang malah momentum ni dapat menggerakkan saya menjadi seorang pemikul amanah yang cemerlang dunia dan akhirat. Bukan nak bossy tak tentu hala...
Amiin...
0 rahsia hati kawan²:
Post a Comment