Tuesday, December 13, 2011
Selamat Ulang Tahun Sayang
Selamat Hari Ulang Tahun ke-3 buat Sayang Mama. Sekejap je masa berlalu kan. Dari sebesar lengan hingga petahnya berkata-kata. Betapa masa-masa itu terlukis indah buat kamu. Maafkan mama jika di antara waktu itu mama terlepas sesuatu tentang kamu. Yang penting do'a ibu ini sentiasa mengiringi kamu.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang serta rezeki yang melimpah ruah untukmu. Mama akan sentiasa mendo'akan anak mama beroleh bahagia di dunia dan di akhirat juga. Membesarlah dengan sihat, cergas, cerdas dan pintar untuk menjadi menjadi hambaNya yang diredhai.
'Ummar FaiQ, Mama mahu kamu tahu, mama sayang, sayang, saaaayang kamu. Nah anakku, untuk kesekian kalinya, mama titipkan bait-bait sajak ini untuk kamu....
Senyumanmu yang tulus
Tak minta dibalas
Menjadikan aku selalu ingin mendakapmu
Aku tak mampu memberi apa-apa
Hanya kutitipkan do'a azimat
Nasihat yang kau terima
Jadikan bekalan hari muka
Aku ingin kau tahu
Engkaulah anugerah buat ibu
Meleburkan duka laraku
Selamat ulang tahun sayang
Dari bertatih kini berlari
Aturlah langkahmu mengejar cita
Harap nanti kau temu puncaknya
Selamat ulang tahun sayang
Jangan sekali kau lupakan
Ibu ini selalu mendoakan
Hidupmu dipeluk kebahagian
Pergilah gapai awan cita
Kamulah penyambung do'a ibu.....
Labels:
Faiq,
Kesenian dan Kebudayaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 rahsia hati kawan²:
Post a Comment