Thursday, December 08, 2011

Skim BAru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Teruja? Hari ini, sana-sini orang memperkatakannya. Sedikit maklumat yang diperolehi telah menimbulkan banyak spekulasi. Seronok juga tengok keterujaan masing-masing mengira-ngira gaji baru. Berapa pula yang bertambah dan sebagainya.
Tak pe la, saya tak nak berteki teki sangat, tunggu je la semasa menandatangani borang opsyen nanti. Semuanya akan terjawab. Suami saya selalu berpesan, jangan meletakkan harapan yang tinggi, takut kecewa... betul la tu. Sebab saya ni suka berangan-angan.
Apa yang penting, dengan pelarasan gaji ini dan pertambahan yang diperolehi, bakal menjauhkan saya dari risiko dikenakan tindakan tatatertib. Hahahaha... kenapa? Saya ada buat pinjaman perumahan, dan nampak gaya tak lama rumah dah boleh diduduki, bermakna gaji saya akan dipotong untuk pinjaman tersebut. Kalau gaji tak bertambah, abis la saya, baki gaji kurang 40%. Kepada yang tak tahu tu, jangan la sesedap rasa buat pinjaman peribadi sana-sini.
Memang la penjawat awam mudah dapat kelulusan pinjaman, tapi kena la berhati-hati juga ya. Saya dah tengok banyak kes klien suami saya yang bermasalah dalam hal ini. Apatah lagi sesetengah institusi kewangan ada yang telah meluluskan pinjaman sehingga baki gaji peminjam tinggal 15% je...
Apa la saya melalut pasal pinjaman pula ni ye. Apapun ada terselit hikmah kerana SBPA akan beri kesan kepada projek yang dah overdue. Memandangkan terdapat banyak perubahan kepada gred dan skim gaji maka, harapnya masa tambahan akan diberikan untuk menyiapkan projek tersebut. InsyaAllah

Kepada yang nak tahu lebih lanjut tentang Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh baca kat laman web JPA

yang ni pun informatif juga : F41 kepada F1-1
tapi sebelum tu kena la tahu prinsip dan kaedahnya. Tengok kat sini
skim F yang lain boleh usha sini: SBPA bagi skim F

2 rahsia hati kawan²:

hawa said...

salam... memang tengah cari sbpa untuk skim F. tapi tak boleh bukak la link tu. bleh emailkan tak.. thanks a lodsss!

Siti Lyana said...

assalam hawa, mana emailnya yer... tak de plak dalam profile