Saturday, December 03, 2011
HIbah
Arini nak tulis pasal hibah? Bukan hiba ye... bukan masa nak berhiba-hiba you...cuma kalau boleh tak nak lupa apa yang baru dipelajari. Okla, dipendekkan cerita. Pernah tak dengar seorang yang ada beberapa orang anak termasuk anak angkat. Sebelum dia meninggal dia telah membahagikan harta kepada anak, isteri dan waris-waris yang hak. Selain daripada pembahagian harta secara faraid, harta juga boleh dibahagikan dengan cara wasiat dan hibah. Kalau faraid dan wasiat tu mesti biasa dengar. Tapi cuma hibah jarang sekali kita dengar kan? Hibah boleh diberi kepada sesiapa dikehendaki tidak melebihi 1/3 harta. Dan orang yang patut diutamakan ialah ahli keluarga sendiri. Lebih baik tinggalkan ahli keluarga dengan berharta berbanding tidak berharta malah banyak juga kes tinggalkan hutang sekali. Ok, cukuplah catatan untuk harini sekadar buat perkongsian dan ulangkaji saya di bangku sekolah dulu. :)
Labels:
Terapi Jiwa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 rahsia hati kawan²:
Post a Comment