Wednesday, December 14, 2011

Duduk boleh membunuh?

Mari kita study sikit situasi berikut:

Adakah kita duduk 9.3 jam sehari, lebih plak dari jumlah watu tidur. Tidur pun lebih 7.7 jam je
Duduk lebih 6 jam sehari boleh meningkatkan risiko kematian dalam masa 15 tahun kepada 40%, berbanding orang yang duduk kurang dari 3 jam sehari. Walaupun kamu seorang yang suka bersenam.
Orang yang obese akan duduk lebih 2.5 jam berbanding orang yang kurus.

Sebaik sahaja kita duduk:
Aktiviti elektrikal pada otot kaki akan terhenti sama sekali
Pembakaran kalori akan berkurangan kepada 1 per minit
Enzim yang memecahkan lemak berkurang sehingga 90%

2 jam selepas kita duduk:
Kolestrol baik akan menurun sehingga 20%

Selepas 24 jam kita duduk:
Keberkesanan insulin akan merudum sehingga 24% dan risiko obesiti akan meningkat

Bagaimana mengurangkan aktiviti duduk?
Saranan untuk melakukan senaman selama 30 minit adalah tidak cukup membantu sama sekali jika...
anda seorang pekerja yang menghadap komputer 8 jam sehari sebagaimana tuntutan kerja sekarang.

Apa yang boleh anda lakukan:
Lakukan sekerap mungkin SCRETCHING-WALKING/MACHING IN PLACE-JUMPING JACKS.
Sentiasa ambil peluang berjalan-jalan sekitar opis, terutamanya kepada bos yang suka memerap dalam biliknya. Apa kata selalulah jenguk kami di belakang ini.... :)

Suka tengok TV berjam-jam sehingga lebih dari 3 jam?
64% daripadanya dikatakan akan mati mengalami penyakit hati
Setiap jam tambahan daripadanya meningkatkan 11% risiko kematian

Bagaimana cara anda duduk?
70º atau 90º atau lebih 135º...
Selepas ini duduklah sehingga 135º untuk mengurangkan tekanan dan kekejangan.

Sumber:  http://www.medicalbillingandcoding.org/

0 rahsia hati kawan²: