Tuesday, May 31, 2011

Pantun Perpisahan

Seorang teman minta karangkan pantun perpisahan untuk rakan sejawat yang akan bersara.
Harap dia suka walaupun tak setanding pantun lama:

Berasah parang bersepuh lama
menjadi senjata pahlawan handal
Susah senang ditempuh bersama
Menjadi jasa buat yang tinggal

Lipat sirih Di tapak Tangan
Letak sekapur dalam dupa
Budi yang baik jadi kenangan
budi tuan kami tak lupa

Hajat nak tawan gunung nan tinggi
Liarnya haiwan jangan selisih
terpahat kenangan tugu memori
pergilah dengan ingatan kasih

Kalau nak guna pantun lama, boleh guna yang ni, mana-mana pegi pun standard sebab manis didengar sedap dibaca.....

Jasamu dikenang nama diberi
Buat merai teman bestari
Anda sahabat yang kami kasihi
Jasa anda amat dihargai
(pantun ni rima a-a-a-a)
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati

Mudik ke hilir berperahu layang
Singgah sebentar di Indera Giri
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

Dari mana hendak kemana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi

4 comments:

Echa Radja Mantra said...

Korang dapat panton ni kat mane? Sunggoh cantek. Boleh tak saye kenal awak?

Siti Lyana said...

Pantun yang mana dik?

Kakak karangkan tiga rangkap pertama je...

yang bawah tu biasa didengar di Majlis-majlis... :)

iskandar said...

assalamuaikum
mohon izin untuk persembahkan pantun
nukilan puan dalam majlis perpisahan teman pejabat . t.kasih

Siti Lyana said...

sangat berbesar hati dapat berkongsi hasil nukila dari ruangan yang tak seberapa ini.