Wednesday, April 20, 2011

Kipas Siling

Semua orang tahu, sekarang ni cuaca sering tak menentu. Selalunya panas la. Kalau dah masuk rumah memang pelik la kalau tak berkipas. Saya selalu je bertelingkah dengan suami dan adik² sebab kipas. Pengidap sinus seperti saya selalunya sanggup tidak berkipas walaupun orang lain berpeluh². Orang lain rimas saya sejuk. Tapi tidak la sampai tergamak tidak memasang kipas kerana masalah saya ni. Hehe

Memandagkan kipas siling adalah peralatan elektrik yang selalu digunakan tetapi kurang kemungkinan untuk kerap diganti, maka untuk rumah baru di DSV nanti kami ingin mencari beberapa kipas yang memenuhi kriteria kami. Mungkin boleh dapatkan semasa Homedec hujung bulan ni? Mungkin...

Jenama belum kami fikirkan. Kalau kena dengan budget dan fungsinya kami sebat je. Tapi sang suami ada menyatakan jenis² kipas yang diinginkan. Layan je la. Yang penting kpd saya, efisien dan jimat karen. Lagipun buat masa ni, kami memang belum berhajat pasang aircond.

Kawan² ada cadangan? Alpha? Panasonic? KDK? Euro Uno? Remote tak remote, berapa blade...



Kalau ikut saya, saya nak redeem kipas kat SenQ/SenHeng je. Dengan 200 points + RM99 saya boleh dapat kipas Panasonic biasa 3 blade yang bernilai RM159.

Tapi husband saya nak pasang kipas cantik untuk living hall dan dining hall katanya. Tak pe, saya ada 5 bilik dan 3 ruang yang memerlukan kipas. So, bagi² la nanti

Update: 02/05/2011

So semalam kami dah beli kipas Alpha kat Homedec. Sama macam gambar kat atas. Tapi bukan la kipas hebat. Cuma cantik sikit je dari Panasonic yang saya redeem kat Alamanda kat bawah ni... Selamat mengipas apa yang patut.

OnePlus Point 200 + RM99

3 comments:

kayeskay said...

aku pon itu hari survey kipas siling ni.. final choice.. panasonic bayu 4 blade remote control.. harga RM245 sebijik.. panasonic biasa 3 blade RM110 sebijik..

Siti Lyana said...

abih tu, bila nak angkat?

Anonymous said...

The information were very helpful for me, I've bookmarked this post, Please share more information about this
Thanks