Tuesday, March 06, 2012

Terkenang Dulu-dulu : Kandang

Sekadar gambar hiasan
Sejak dua menjak ni sibuk sikit cari tempat nak hantar FaiQ ke taska. Rasanya dah tiba masanya untuk playschool. Kecenderungannya doodling, singing, imitating the dialog, acting dan bermacam-macam skil seorang budak yang baru menjengah usia 4 tahun, mendorong saya mencari tempat yang sesuai untuk mengembangkan semua kebolehan itu.

Semasa kecil saya tak berpeluang untuk menikmati keseronokan belajar di taska/tadika/tabika dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Saya ingat lagi, satu ketika emak dan abah bekerja di ladang estet sawit di daerah Kluang, saya ditinggalkan di satu pusat jagaan. Umur saya masa tu lebih kurang 2-3 tahun. Local panggil tempat tu 'kandang'. Amek kau, saya pernah duduk dalam kandang tau. Tapi saya bukan kambing. Huhuhu...

Saya tak pasti kenapa dipanggil kandang. Mungkin sebab dikurung sampai mak bapak jemput balik dari ladang... Waktu makan, makan apa yang mak bekalkan, kalau mak tak bekalkan? Saya tak ingat plak. Waktu mandi, wah memang macam kambing nak kena mandikan. Tak kira budak lelaki ke perempuan, panjang beraturnya sampai ke bilik air. You know what.. Alah tak yah citer,you all mesti boleh imagine. Hehehhe...

Kalau waktu tidur memang bercinta la... ada satu pangkin panjang disediakan. semua kami disusun dna disuruh mengiring. Kalau yang paling hujung dah mengiring ke kanan, semua dipaksa mengiring ke kanan. Pastu tiba plak masa main. Sape yang nakal-nakal tu memang kena asing main kat luar. Saya antara yang kena main kat luar. Hehehe... u know me...

Dah petang sikit, dengar satu bunyi enjin motor yang sangat nyaring. Owh... itulah Honda CG100 bapakku. Hehhe... Girangnya hati saya... Sampai satu ketika dek kerana terlalu girang dalam mengejar motor arwah abah tu, paha dan betis saya masak kena ejos (ekzos). Hah... masak ko...

So FaiQ, betapa susahnya dolu-dolu... Tapi jangan risau, mama will do the best for you.

Teka-teki hari ini

Soalan:
Duit-duit celahan banir
Apa yang ada pada hati, muka dan air?

Jawapan
.
.
.
.
.
.
fikir dulu
.
.

.
.
.
.
fikir lagi
.
.
.
.
.
.
.
ok check
.
.
.
.
Jawapannya...

Air tenang Air berkocak
Sangat la senang, Jawapannya RIAK
RIAK AIR
RIAK MUKA
RIAK HATI

Monday, March 05, 2012

Azabnya merindui kamu

Buah hati pengarang jantung
Pernah tak orang tersayang tidak menelefon sebulan? Senyap sepi tanpa berita... kamu akan jadi tak keruan dan tak senang duduk kan?

Tapi itu bukan apa-apa bagi saya. Ada seorang ini, yang kalau saya tak dengar suaranya walau sehari hidup saya sepi sekali... Yalah, tentunya kan, kerana sejak lahirnya 3 tahun yang lalu sehingga semalam kami tidak berpisah walau satu malam. Ini dah malam kedua. Arghhh... azabnya merindu kamu...

Selang beberapa jam saya akan cuba hubungi untuk mendengar suaranya.. Ah... masih nakal macam selalu. Itu tandanya dia ok.... harapnya ok sehingga mama akan menjemput kamu nanti... Yang penting jangan lupakan mama ye...


Baju belum basuh... bucuk bucuk tapi dicium2 juga...
Mujurlah sebelum kita balik kampung haritu mama tak basuh lagi sehelai baju yang kamu pakai sekejap. Dapat mama lepaskan rindu. Huhuhu... harap-harap demam mama ni cepat kebah dan kuat. Azabnya merindu kamu....

Friday, February 24, 2012

Teks Pengacara Majlis : Perhimpunan Bulanan

saya ditugaskan menjadi master of ceremony untuk perhimpunan bulanan kali ini. Malangnya saya cuma sempat siapkan teks tanpa mengendalikan majlis pada hari yang dijadualkan. Tapi tak pe la, ada penggnati yang tak kurang hebat. Sekadar panduan dan contoh. Namun bukan yang terbaik. Boleh la setakat dijadikan rujukan, terutamanya untuk saya sendiri pada masa akan datang. Salah silap mohon teguran.

----------------------//----------------------

Mengumumkan ketibaan SUB BPM, Tuan Haji Wan Yusoff bin Wan Yaacob diiringi oleh En Amarruddin bin Isa, selaku KPSU pengelola perhimpunan dwi bulanan BPM bilangan 1/2012.

Assalamu’alaikum w.b.t & salam sejahtera,
Rabbisyrohli Sodri Wayassirli Amri, Wahlul ‘ukdatam millithani yafqohu qauli. Amma ba’d.

Yang Dihormati
Tuan Haji Wan Yusoff bin Wan Yaacob;
Tuan Mohd Syed Gawi bin Syed Agil;
Puan Hajah Zabidah binti Ibrahim;
En Amarudin bin Isa,
Ketua-ketua penolong setiausaha

Dan  seterusnya,
Tuan-tuan, puan-puan warga BPM yang dikasihi sekalian.

Terang malam disinari bintang
Indah berkelip memagar bulan
Diucapkan selamat datang
Silaturrahim kita jalinkan

Maulidurrasul baru berlalu
Sirah junjungan jadi teladan
Majlis menghimpun orang berilmu
Sebarang khilaf dikeji jangan

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dimulakan dengan bacaan do’a yang akan disampaikan oleh Saudara Khairul Azmin bin Othman. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

---------Q1---------

Terima  kasih diucapkan kepada Saudara Khairul Azmin bin Othman di atas bacaan do’a itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan,  bagi meneruskan majlis, mohon kerjasama sekalian hadirin untuk bangun bagi menyanyikan lagu Negaraku, Perkhidmatan Awam dan lagu Warisan diikuti dengan bacaan ikrar.

---------Q2---------

Seterusnya majlis  diteruskan lagi dengan Bacaan Ikrar dan Rukunegara yang akan diketuai oleh Saudara Mazli Saffawi bin Hussin.

---------Q3---------

Terima  kasih diucapkan kepada Saudara Mazli Saffawi bin Hussin di atas bacaan ikrar itu tadi.

Hadirin sekalian,  sebagai memulakan tirai perhimpunan dwi bulanan BPM bagi tahun 2012, majlis dengan hormatnya menjemput En Amarudin bin Isa, selaku KPSU Pengelola untuk menyampaikan ucapan alu-aluannya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

---------Q4---------

Terima kasih diucapkan kepada  En Amarudin bin Isa di atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian, tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan Perutusan dan Amanat yang akan disampaikan oleh Tuan Haji Wan Yusoff bin Wan Yaacob selaku SUB BPM. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

---------Q5---------

Demikianlah tadi perutusan dan amanat oleh Tuan Haji SUB kita. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas ucapan beliau itu tadi.

Taat dan taqwa kepada Allah
Taat kepada Janji dan sumpah
Taat memegang petua amanah
Taat memegang suruh dan tegah

Hadirin dan hadirat sekalian, seterusnya marilah kita kongsikan bersama pengumuman berkenaan perkembangan terkini yang berlaku dalam organisasi yang kita kasihi ini.

Duri semalu jadi sembilu
Mengalu-alukan orang baru

Selamat datang dan selamat bertugas kepada:

Puan Anitha binti Mohd Salleh yang  ditempatkan di UAP mulai 9 Februari 2012.
Puan Nornaimah binti Wahab @ Abdul Wahab yang ditempatkan UAPT mulai 3 Januari 2012.

Air perigi turunan lembah
Datang dan pergi sememangnya lumrah

Sekalung tahniah kepada:

Puan Jamilah binti Adam yang telah dinaikkan pangkat kepada F38 di JPN Sarawak mulai 28 Disember 2011.

Selamat Maju Jaya kepada;

Mohd Hizan bin Laliman yang telah bertukar ke INTAN Sabah mulai 9 Januari 2012.

Pohon nipah serak bertumbuh
Usia bertambah amal dikukuh

Selamat Hari Lahir kepada yang lahir pada bulan Januari dan Februari.
(Nama seperti tertera di skrin)

Yang bermusibah dido’a kembali fitrah
Yang pergi disedekahkan al-Fatihah

Takziah diucapkan kepada:
Puan Noorul Huda Uda Kasim kerana suaminya telah dimasukkan ke hospital disebabkan strok,
Manakala Puan Hawariah Ahmad dan En Bakordin bin Mohamed masing-masing telah kehilangan ibu tercinta pada 5 dan 12 Februari yang lalu.
Untuk itu, marilah bersama-sama kita sedekahkan al-Fatihah.

Sebelum mengakhiri majlis, berikut diumumkan berita BAKSUS.

Segmen Satu: Berita Sukan
Badan Kebajikan, Sukan & Sosial (BAKSUS) akan menganjurkan Pertandingan Sukan Dalaman dan juga Kejohanan Bowling. Oleh yang demikian, diseru kepada warga BAKSUS yang berminat mendaftarkan nama kepada penyelia-penyelia bagi setiap acara seperti yang tertera.

Segmen Dua: Berita Ekonomi
Bagi menjayakan beberapa acara-acara kebajikan, sukan & sosial yang telah dijadualkan oleh BAKSUS, diseru kepada semua ahli BAKSUS dapat menjelaskan Yuran Bulanan termasuk Yuran yang tertunggak seperti yang telah dijadualkan. Kerjasama semua amatlah diharapkan dan diucapkan terima kasih.

Dengar bergema asalnya genta
Gema berbunyi ke hujung jajahan
Terkasar bahasa tersasar kata
Maafkan kami AJK sekalian

Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Bulan mana perhimpunan mana
Kelak kita berjumpa lagi

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah.
Wassalamu’alaikum w.b.t

Dimohon kepada semua hadirin kekal berada di ruang legar ini bagi memberi laluan kepada sesi Program Kesedaran Pelaksanaan MS ISO/IEC 27001:2007 ISMS yang akan disampaikan oleh En. Mohd Salleh bin Supian. Saya dengan ini menyerahkan majlis kepada beliau. Dipersilakan.